Monday

Pagi semalam aku ke Ipoh. Tujuan utama nak ke Pasar Karat. Aku suka kat sini. Macam-macam barang kau boleh jumpa. Yang aku rasa macam sampah pun dia jual jugak kat sini. Jadi lepas ni kau jangan segan silu jual sampah kat orang.

Benda murah, tapi lumrah manusia seperti aku kalau dapat murah mesti nak lagi murah. Aku rasa semalam lah hari paling banyak aku bargain. Selalunya aku pegi beli barang kat Jalan TAR pun aku tak bargain babibabi macam aku pegi Pasar Karat tuh.

Jadi aku sajikan kamu dengan sedikit gambar yang aku ada.












PS: aku sebenarnya kurang gemar dengan hasil gambar dari camera handphone.

PSS: aku rasa nak tulis dalam bahasa melayu jelah lepas ni.

Saturday

kamu tahu tak? tak tahu kan. aku nih bukan manusia yang kreatif sangat pun. lagi lagi bab melukis, agak-agak kalau kau suruh aku lukis muka mak aku mesti hasilnya jadi muka mak sapa-sapa entah. tak pun tak menyerupai mana-mana manusia pun. mungkin melukis bukan kepakaran aku, tapi kalau mengedit sikitsikit gunakan komputer beserta software yang ada sekarang nih mungkin aku boleh la jugak jadi manusia kreatif. tak banyak kreatif, sikit pun jadi ler.

tengok gambar bawah, semua aku yang buat dengan bantuan teammate aku. macam biasa, benda bukan susah pun. aku hanya perlu mencari di internet dan menggabungkannya menggunakan adobe photoshop. sekali lagi, aku bukan kreatif sangat jadi hasil kerja aku takde lawa mana pun. mungkin la, bagi aku agak lawa juga. at least hasilnya jadi lah juga brochure berserta kad namanya.tapi satu benda je paling aku sesal, dalam komputer benda nampak hebat la gak tapi bila dah print jadi hampeh nak mampus. kecik hati aku nyah oi!

untuk annual meeting course aku semester nih, team aku kene settle kan hal gifts untuk lecturer. banyak benda aku pikir nak kasi apa. tapi bajet bukan banyak pun. aku baru ingat nak kasi sorang sebijik kereta lamborghini.

dah la, aku nak bertapa sekejap. mana tahu dapat ilham nak kasi gift apa dengan bajet yang tak seberapa nih.

muka depan

muka dalam/isi

kad nama (body)

logo syarikat (body)
kalau kau jumpa aku enam bulan lagi, kau jangan terkejut bila tengok perubahan fizikal aku. mungkin masa tu pun aku tengah terkejut dengan perubahan fizikal yang jadi kat aku. jadi kalau kau terkejut pun kau terkejut jelah dalam hati kau. kau jangan cakap kat aku yang kau terkejut tengok apa aku dah buat kat badan aku nih.

kalau kau rasakan yang emosi aku berubah, kau jangan risau. aku memang selalu sawan, tapi sekejap je. lepas tuh kembali normal lah.

cuti 3 hari, tapi aku tak balik rumah pun. sawan betul, padahal aku teringin gak nak balik rumah. tapi takpa, masih banyak masa lagi. aku akan pastikan aku balik rumah masa semua pelajar UiTM sedang terkial-kial dan terkangkang-kangkang buat assignment. tapi jangan masa tu aku pun terkial+terkangkang buat assignment jugak sudah.

macam biasa, semester baru bermakna kau belajar subject baru. iye, semasa semester 1 tak memcabar sangat. naik satu semester nih benda dah makin mencabar. hampir semua final assignment aku semua nya, HAMPIR SEMUA nya kene buat site visit. satu benda je aku nak cakap, BABI. nak buat site visit nih leceh, makan banyak duit, makan masa pun banyak, makan tenaga lagi banyak. semua nya makan je. nasib buat dalam kumpulan, kurang beban aku. kalau dulu semester 1 lain cerita, semua di hujung jari je. aku taip aku tekan enter, pup! semua kejadah haram keluar, yang aku tak mintak pun dia kasi. kalau setakat plagiat a.k.a copy paste internet tuh benda biasa jelah. tapi kau jangan sampai kantoi plak, pandai-pandai la kau tunggang terbalik kan ayat-ayat kau.

tapi itu dulu, sekarang lain.

aku rasa aku nak beli buku peta malaysia sendiri. nak beli gps takde duit. kalau duit aku bersepah-sepah dah lama aku beli. so sekarang duit aku tak bersepah, 5 sen pun aku simpan elok-elok. aku bukan pelajar yang banyak duit. hidup melarat ada lah (takde la melarat mana). yang penting kene jimat cermat. sendiri punya badan, sendiri mau ingat.

salam maal hijrah.

tahun baru, tapi aku tanak bukak buku baru sebab buku lama lagi berharga.




Tuesday





nak go green nih memang la baguih tapi bila tang pembelanjaan untuk go green nih memang mahal sikit la.sekarang kedai-cafe-dewan makan tempat aku belajar dah tak pakai polistrin lagi kalau kau nak tapau makanan. diorang pakai bekas bentuk je cam polistrin tapi biodegradable punya ok. kan aku dah cakap nak go green nih makan kos sikit, sebab kalau aku beli makanan guna benda alah tuh aku kene charge 30sen. pehh, mahal tuhhh. padahal bekas makanan je pun. dah lagi satu, kau lupak kan jelah niat kau nak isi lauk berkuah-kuah. confirm nanti bawah dia basah dan kemungkinan besar dia akan koyak. menarik bukannn. jadi lepas nih kalau rajin bawak la tapuware kau sendiri tak pun makan jelah kat situ. buang jelah niat nak tapau-tapau nih. kalau kau nak tapau pun, amik lauk tak berapa nak berkuah...

kita ni selalu belajar benda yang baru. kita juga saling melengkapi antara satu sama lain. aku tak suka la bila orang pandang rendah dekat course yang aku amik nih memandangkan dia tak se gah course yang lain-lain contohnya kedoktoran ke, farmasi ke, peguam ke etc. memang la aku tak nafikan course yang tuh semua orang tahu aka famous giler kan dan sedia maklum konteks pembelajarannya pun tough.

tapi kan aku dah cakap kita saling melengkapi antara satu sama lain. takkan la kau nak suruh doktor yang nilai harga rumah kau, mesti la kau upah valuer and takkan kau nak suruh si valuer rawat orang sakit jantung. kan tak masuk akal namanya tuh. kadang-kadang si lembab pun pandai menilai dari orang yang bijak bestari.

contohnya lah, kau dengar orang tuh belajar pertukangan kayu. mesti la ada orang rasa yang "ehh, mende jadah tuh? boleh survive ke nanti?" i mean like serious shit, kau tak belajar apa yang orang tuh belajar jadi jangan la sesuka hati kau nak menilai nilai.

kejayaan seseorang pada masa hadapan bergantung kepada diri sendiri jugak kan. kau jadi doktor tak semestinya kau kaya raya bila kau kerja nanti but still aku rasa kau akan berjaya la kot. mana la tahu orang yang amik pertukangan kayu nih pada masa akan datang jadi kaya raya siap boleh beli bently macam ac mizal. siapa je yang tahu.

jadi jangan nak sibuk sokseksoksek kondem-kondem pasal apa yang orang belajar. act, takde benda yang senang dalam dunia ni melainkan kau berusaha sendiri.

Wednesday

sudah terang lagi bersuluh? what exactly it really means? actually I kinda know it, but not really sure if I right.

well I just finish watched this one movie. its not about the movie I just wanna talk about me. well obviously this movie (born to race) is not a sad movie. as far as you concern it is about race and man and their dignity watsoever. so there is certain part in that movie have a sad scene, and I CRIED! wattafakkk! it is not that sad!! well maybe because I watched this movie alone in my bedroom and also in the dark. I think that is why I feel nothing to embrass while I'm crying.

but the problem is when some people break my heart into a small small piece I never shed a tears. tak ingat la kalau ada, but it is just not as easy while I watched this movie and cry T.T . I even cry when I read a novel. tak tahu la kalau masa baca tuh I really concentrate and can feel the pain that the author try to make me feel as a reader la kot. ecehhh

but I rather cry while watching movie or reading books. I think if I cry because of those stupid things happen in my life it makes me look like I'm a weak person. so I rather people call me 'batu' instead of weak.


Sunday

the pictures of my journey this weekend actually start from the bottom. so why don't you scroll from bottom to the top to get a better idea about my vacation. :)



kami bajet loving sekejap di sini, haha


camera bag also need accessories bebeyh!


really nice view rite?






kuantan river cruise boat, boyeyh!


baba show me how to lipat napkin but using tissue. actually it is easy but not simple. haha





do you see that red flag? this means you should not mandimandi laut ok...

mak aih, harry potter's magic wand! haha


keketam comel :)


ha this old couple think they can fly, haha!



Friday



kau tahu tak orang barat pandang rendah kat Malaysia?

orang barat sebenarnya mana ada suka Malaysia.

diorang dengki pun dengan Malaysia.

kau nak tahu kenapa?

sebab Malaysia tak pernah mintak pertolongan pun dari negara barat lagi-lagi US.

Malaysia ni negara yang membangun sendiri tanpa bantuan dari negara luar pun.

kau boleh tengok sendiri masa ekonomi kat negara-negara asia tengah jatuh gila tahun 1998 hasil kerja bangang george soros.

Malaysia adalah negara yang paling cepat membangun dari masalah kejatuhan ekonomi tuh.

tak minta pun bantuan US, padahal negara macam singapura, indonesia, thailand dll semua nya minta bantuan dari US.

negara lain semua US bagi percuma alat-alat ketenteraan diorang. contoh nya senjata, kapal terbang dll. tapi Malaysia hebat, semua beli sendiri.

bapak aku cakap sebab tuh la US tak berani dengan Malaysia. Malaysia tak perlu tunduk kat US macam negara-negara lain.

tapi orang barat memang, suka memperkotak-katik kan orang Malaysia.

diorang kata, orang Malaysia orang malas.

tadi aku ada tengok movie, dia panggil Malaysia sebagai Malaya, padahal nama kita dah lama da tukar kepada Malaysia. nama singapura boleh la pulak kau panggil singapore.

kalau nak diikutkan sebenarnya orang asia lagi hebat dari orang barat tau. kau tengok jelah china dengan jepun tuh, contoh yang paling bagus kot.

terima kasih kepada mantan PM kita, Dr.M. because of him our country are truly independent without any help from the outsider.

ps: tak dinafikan, apa yang aku tulis ni sedikit sebanyak dan agak banyak la dipengaruhi kata-kata bapak aku. :)
pss: masa kejatuhan ekonomi tahun 1998 tuh aku kecik lagi, baru umur 5 tahun rasanya. sekarang dah besar, so kene amik tau. bawak2 la bergoogle untuk info lebih lanjut.

Wednesday




ahh this is what we call typical young lady you know. well, tell me who doesn't like fashion, tell me who hate to dress really nice like a real star walaupun terperasan sendiri ke. tell me tell me tell me something i don't know. haha

this young lady actually try to kill her time that crawl really slow lately. so what can i say, young people having their own life.

apa tah aku merepak ni.

ohh by the way, semester break already break, haha. i mean dah nak habis pun. so tonight i start to pack my belongings. acehh, rasa macam sekejap je. i think sometimes time can run really fast ! =.="

Saturday



what goes around comes around
but
when something gone you will never get it back

Wednesday



aku memang muda lagi, mentah lagi. aku tak tahu macam mana sebenarnya kehidupan kat dunia luar sana tu. jadi aku tak boleh la nak menilai sangat benda-benda yang aku tak berapa nak tahu sangat. memang betul, aku tak ada pengalaman dalam banyak bidang. malam ni aku nak cakap pasal politik.

bagi aku, semua jenis politik semuanya kotor. memang pun, semuanya. tak ada pun yang terkecuali. ada bagus ada buruk kalau dalam politik ada tukang pembangkang. nak tahu kenapa bagus nya? supaya pemimpin tak besar kepala sangat.

tadi aku usha-usha kat youtube, aku rasa aku suka sangat pembangkang dari PKR ni. Saifudin Nasution. aku tak kata aku sokong dia, aku tak kata yang dia sentiasa betul. tapi kau boleh tengok sendiri cara dia bercakap masa bagi ceramah. bagi aku cara dia berceramah sangat menarik. but after all, I am no one. judge it by yourself.




Tuesday





Amy Winehouse already dead? Seriously?
A good singer with bad attitude