Saturday

kamu tahu tak? tak tahu kan. aku nih bukan manusia yang kreatif sangat pun. lagi lagi bab melukis, agak-agak kalau kau suruh aku lukis muka mak aku mesti hasilnya jadi muka mak sapa-sapa entah. tak pun tak menyerupai mana-mana manusia pun. mungkin melukis bukan kepakaran aku, tapi kalau mengedit sikitsikit gunakan komputer beserta software yang ada sekarang nih mungkin aku boleh la jugak jadi manusia kreatif. tak banyak kreatif, sikit pun jadi ler.

tengok gambar bawah, semua aku yang buat dengan bantuan teammate aku. macam biasa, benda bukan susah pun. aku hanya perlu mencari di internet dan menggabungkannya menggunakan adobe photoshop. sekali lagi, aku bukan kreatif sangat jadi hasil kerja aku takde lawa mana pun. mungkin la, bagi aku agak lawa juga. at least hasilnya jadi lah juga brochure berserta kad namanya.tapi satu benda je paling aku sesal, dalam komputer benda nampak hebat la gak tapi bila dah print jadi hampeh nak mampus. kecik hati aku nyah oi!

untuk annual meeting course aku semester nih, team aku kene settle kan hal gifts untuk lecturer. banyak benda aku pikir nak kasi apa. tapi bajet bukan banyak pun. aku baru ingat nak kasi sorang sebijik kereta lamborghini.

dah la, aku nak bertapa sekejap. mana tahu dapat ilham nak kasi gift apa dengan bajet yang tak seberapa nih.

muka depan

muka dalam/isi

kad nama (body)

logo syarikat (body)

No comments: