Saturday

kalau kau jumpa aku enam bulan lagi, kau jangan terkejut bila tengok perubahan fizikal aku. mungkin masa tu pun aku tengah terkejut dengan perubahan fizikal yang jadi kat aku. jadi kalau kau terkejut pun kau terkejut jelah dalam hati kau. kau jangan cakap kat aku yang kau terkejut tengok apa aku dah buat kat badan aku nih.

kalau kau rasakan yang emosi aku berubah, kau jangan risau. aku memang selalu sawan, tapi sekejap je. lepas tuh kembali normal lah.

cuti 3 hari, tapi aku tak balik rumah pun. sawan betul, padahal aku teringin gak nak balik rumah. tapi takpa, masih banyak masa lagi. aku akan pastikan aku balik rumah masa semua pelajar UiTM sedang terkial-kial dan terkangkang-kangkang buat assignment. tapi jangan masa tu aku pun terkial+terkangkang buat assignment jugak sudah.

macam biasa, semester baru bermakna kau belajar subject baru. iye, semasa semester 1 tak memcabar sangat. naik satu semester nih benda dah makin mencabar. hampir semua final assignment aku semua nya, HAMPIR SEMUA nya kene buat site visit. satu benda je aku nak cakap, BABI. nak buat site visit nih leceh, makan banyak duit, makan masa pun banyak, makan tenaga lagi banyak. semua nya makan je. nasib buat dalam kumpulan, kurang beban aku. kalau dulu semester 1 lain cerita, semua di hujung jari je. aku taip aku tekan enter, pup! semua kejadah haram keluar, yang aku tak mintak pun dia kasi. kalau setakat plagiat a.k.a copy paste internet tuh benda biasa jelah. tapi kau jangan sampai kantoi plak, pandai-pandai la kau tunggang terbalik kan ayat-ayat kau.

tapi itu dulu, sekarang lain.

aku rasa aku nak beli buku peta malaysia sendiri. nak beli gps takde duit. kalau duit aku bersepah-sepah dah lama aku beli. so sekarang duit aku tak bersepah, 5 sen pun aku simpan elok-elok. aku bukan pelajar yang banyak duit. hidup melarat ada lah (takde la melarat mana). yang penting kene jimat cermat. sendiri punya badan, sendiri mau ingat.

salam maal hijrah.

tahun baru, tapi aku tanak bukak buku baru sebab buku lama lagi berharga.




No comments: